Friday 6 November 2015

SOALAN NO. 84 - JAWAPAN PERTANYAAN MULUT Y.B. PUAN GAN PEI NEI (RAWANG) BAGI SOALAN NO. 84 PADA 6 NOVEMBER 2015.


KENYATAAN AKHBAR
DANA SEL.

a)             Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini 104 permohonan daripada Peneroka Bandar Kg. Rimba Jaya telah diterima dan diproses oleh Syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB).

Terdapat kelewatan di dalam penawaran kerana rundingan di antara pemaju dan LPHS berhubungan tunggakan sewa dari pemaju yang telah menempatkan peneroka-peneroka bandar di PPR Kg. Baru Hicom.

Sementara 116 permohonan daripada Peneroka Bandar Sg Sering masih ditangguhkan memandangkan pihak pemaju telah mengambil tindakan perundangan terhadap Kerajaan Negeri.

Senarai pembangunan yang menjadi sasaran untuk ditawarkan skim DANA SEL adalah seperti berikut,

Bil
Kawasan Asal
Penempatan Baru
Jumlah Keluarga
1.
Kg. Rimba Jaya
RKR Rimba Jaya,
Padang Jawa
104
2.
Kg. Batu 8, Hulu Kelang
RKR Ukay Indah, Sg. Sering
116
3.
Peneroka Bandar Blok E, Petaling Jaya
Lembah Subang
262
4.
Kg. Berembang
RKR Berembang Indah,
Ampang
28
JUMLAH
510

b)            Untuk makluman Yang Berhormat, LPHS tidak mempunyai butiran terperinci berkaitan kegagalan pemohon mendapatkan pinjaman bank memandangkan urusan untuk mendapatkan pinjaman adalah melibatkan pemohon dengan pihak bank.

LPHS hanya mendapat tahu nama-nama mereka yang ditolak permohonan pinjaman perumahan mereka apabila pemaju meminta nama-nama baru untuk ditawarkan rumah.

Walau bagaimanapun, melalui maklum balas yang diterima daripada pemaju didapati hampir 50% pemohon telah gagal mendapatkan pinjaman dan di antara sebab-sebab utama adalah disebabkan bebanan hutang yang tinggi, rekod CCRIS yang tidak baik atau telah disenarai hitam di bawah CTOS.

c)             Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bercadang akan menambah peruntukan untuk Dana-Sel sekiranya peruntukan sedia ada dapat digunakan secara keseluruhan dan program ini menampakkan hasil positif dan memberi impak yang baik kepada rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. 

        Peruntukan untuk tahun 2015 adalah RM10 juta dan untuk tahun 2016 adalah juga RM10 juta.

Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar

Negeri Selangor

6 November 2015

No comments:

Post a Comment