Wednesday 4 November 2015

JAWAPAN PERTANYAAN MULUT Y.B. TUAN DR. IDRIS BIN AHMAD (IJOK) BAGI SOALAN NO. 47 PADA 4 NOV 2015.


KENYATAAN AKHBAR

PROJEK TERBENGKALAI.


a)             Kerja-kerja membaikpulih telah disiapkan sepenuhnya seperti berikut,


a.    Jenis rumah                - 2,500 unit Pangsapuri Kos Rendah.

Agensi pelaksana       - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Tarikh CF                    - 27 Disember 2012

b.    Jenis rumah                - 1,116 unit Rumah Teres Kos Sederhana 1.

                                       Tingkat dan 2 Tingkat.

Agensi pelaksana       - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Tarikh CF                    - 1 Oktober 2013

          Pada masa kini kunci rumah telah diserahkan kepada peneroka dan pembeli yang layak. Pembeli telah diminta untuk menandatangani Perjanjian Jualbeli yang baru dengan pemilik tanah iaitu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

          Kerajaan Negeri tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran kepada pemilik rumah di Taman Alam Perdana. Mereka hanya perlu menanggung yuran guaman bagi penyediaan Perjanjian Jualbeli yang baru.
 
 

          MAKLUMAT TAMBAHAN :
 
          Kos keseluruhan kerja-kerja membaikpulih dan menyiapkan projek terbengkalai,

a.    2,500 unit Pangsapuri Kos Rendah

Tiada maklumat kerana projek disiapkan oleh SPNB.

b.    1,116 unit Rumah Teres Kos Sederhana.

 Kontraktor menyiapkan projek                    -  RM33,707,749.00

Yuran juru perunding                                   -  RM  2,740,495,71

               Kerja-kerja membaiki kecacatan rumah        -  RM     106,028.00

               Bayaran survey                                              - RM  1,051,439.44

                                                                                     ______________

               Jumlah                                                       = RM37,605,712.15

No comments:

Post a Comment