Monday 2 November 2015

JAWAPAN PERTANYAAN MULUT Y.B. DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL (KAJANG) BAGI SOALAN NO. 8 PADA 2 NOVEMBER 2015.

KENYATAN AKHBAR 

RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU.


a)   Secara keseluruhannya sebanyak 4,872 unit bilangan projek Rumah Selangorku yang telah mula dibina sejak tahun 2014 sehingga Jun 2015. Perincian adalah seperti yang berikut :-


Bil.
PBT
Pemaju / Pemaju Usahasama
Projek
Bil. Unit
1.
MBSA
(PKNS) & Debbin Sdn. Bhd.
Sebahagian Lot  8093, Persiaran Seri Wangi, Desa Alam Seksyen U12, Shah Alam, Daerah Petaling.
20
(Jenis B)
84
(Jenis C)
2.
MPAJ
Twin Ridge Sdn. Bhd.
Lot 12010 (PM 46), Lot 1211 (PM 47), Lot 5034 (HSD 20589) Dan Lot 5035 (HSD 20590), Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak.
42
(Jenis D)
3.
MPK
Harum Intisari Sdn. Bhd.
Lot PT 129711, Bandar Botanic, Daerah Klang.
306
(Jenis C)
4.
MPKj
TPPT Sdn. Bhd.
Lot 43783, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat.
57
(Jenis D)
5.
MPSp
Sterling Prima Sdn. Bhd.
Di Blok 19, Cyberjaya, Mukim Dengkil, Daerah Sepang.
160
(Jenis C)
800
(Jenis D)
6.
MDHS
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Sebahagian PT1 HS(D) 39397 Seksyen 1D (Fasa 1), Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor.
129
(Jenis D)
7.
MBPJ
Semponia Sdn. Bhd. & Country Wheel Sdn. Bhd. & (PNSB)
Lot PT 11904 (HSD 261773),  Sutera Damansara, Mukim Pekan Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling.
239
(Jenis B)
8.
MPKj
Luxhome Property Sdn. Bhd.
Hakmilik HSM 18911 PT 41867, HSM 18918 PT 41876, HSM 18919 PT 41877, HSM 18922 PT 41880, HSM 18912 PT 41870, HSM 18920 PT 41878, HSM 18921 PT 41879 dan HSM 18923 PT 41881, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat.
144
(Jenis C)
9.
MPSp
Wandeerfull Property Development Sdn. Bhd.
Hakmilik PM 4851 Lot 786, PM 4852 Lot 787, Mukim Dengkil, Daerah Sepang.
198
(Jenis C)
10.
MPKj
Agenda Istimewa Sdn. Bhd.
Hakmilik GRN 236131, Lot 11397, Mukim Beranang, Daerah Hulu Langat.
377
(Jenis C)
251
(Jenis D)
PROJEK DIBAWAH SKIM INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU 2015
11.
MBSA
Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd
PT 32411 (Lot Asal PT 20028, PT 20642 Dan PT 20643), Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling.
536
(Jenis C)
12.
MPK
Gabungan Efektif Sdn. Bhd.
Hakmilik HSD 141418 PT 106978 (A6), HSD 141419 PT 106981 (A7), HSD 141319 PT 106870 (A9), Dan HSD 141417 PT 106976 (A10)  Di Mukim Klang, Daerah Klang.
321
(Jenis A) 240
(Jenis C1)
160
(Jenis C2)
320
(Jenis D)
13.
MPS
Elite Park Sdn. Bhd. (Mah Sing Sdn. Bhd.)
Lot 24673 PT 3080, Bandar Kundang, Mukim Rawang, Daerah Gombak.
488
(Jenis C)
JUMLAH
4,872 unit


b)   Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pemohon yang tidak layak mendapat pinjaman daripada pihak bank, Kerajaan Negeri membantu pembeli yang tidak layak melalui 3 kaedah berikut,

1. Dana Sel – Skim Sewa Dan Milik  bagi pembelian Rumah Selangoku Jenis A. Pemohon boleh menyewa rumah  yang hendak dibeli dari Kerajaan Negeri dan akan membelinya apabila berupaya untuk mendapatkan pinjaman bank. Harga rumah yang ingin dibeli adalah setelah ditolak sebahagian dari sewa yang telah dibayar.

2.lSkim Pinjaman Khas Bersama Maybank - Kerajaan Negeri telah mendepositkan RM20 juta  di bank itu yang membolehkan para pembeli bagi projek yang terpilih mendapatkan pinjaman perumahanan darinya.

3.iSelangor Smart Home Buyers RM10 juta – Skim bantuan pembayaran deposit untuk pembeli yang gagal menyediakannya untuk mendapatkan pinjaman bank bagi pembelian Rumah Selangorku. Rumah dibeli secara perkongsian bersama Kerajaan Negeri. Kerajaan akan memiliki pegangan 10 peratus dan pembeli 90 peratus. Pembeli boleh membeli pegangan Kerajaan Negeri setelah satu tempoh yang ditetapkan.

c)   Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah pecahan permohonan dan penawaran pemohon Rumah Selangorku (Semua Jenis) mengikut pecahan kaum,

Kaum
Permohonan
Rumah Selangorku  (Jenis)
Penawaran
Peratus
Berjaya (%)
A
B
C
D
Melayu
21,599
16,386
3194
1323
696
2630
12.18
India
2,004
1816
98
42
48
340
16.96
Cina
3,666
3034
275
148
209
379
10.34
Lain-lain
284
218
29
21
16
15
5.3
Jumlah
27,553
21,454
3,596
1,534
969
3,364
12.21


Bilangan rumah yang para pemaju bersedia untuk menawarkan unit-unit mereka setakat ini adalah  3,443 unit. Manakala jumlah pemohon yang ditawarkan ialah 3,364 unit. Terdapat perbezaan 79 unit yang tidak ditawarkan kerana tiada pemohon bagi pemajuan tersebut.

Penawaran akan dilakukan dari masa ke semasa.

Sebab-sebab penolakan tawaran adalah,

1.   Pemohon tidak bersetuju dengan lokasi unit yang ditawarkan.

2.   Pemohon memilih lokasi lain kerana berpindah tempat kerja.

3. Pemohon membatalkan permohonan awal kerana terdapat tawaran di kemajuan lain yang lebih menarik.

4. Pemohon yang cukup syarat tetapi tetap gagal saringan pinjaman kerana potongan gaji yang tinggi untuk pinjaman lain.

5. Pemohon gagal mendapatkan pinjaman lebih tinggi dan memilih rumah Selangorku yang lebih murah.

6.    Pemohon gagal menyediakan deposit 10%.


Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
2 November 2015

No comments:

Post a Comment